PROSES UNTUK BUAT GERAN BARU

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Terdapat pelbagai sebab untuk membuat geran baru. Antaranya sama ada geran hilang dalam simpanan, kecurian, tercicir dan lain-lain lagi. Sebenarnya proses untuk membuat geran baru amat mudah & tidak memerlukan banyak prosuder. TAK PERLU Report Polis. Hanya ikut langkah berikut :

  1. Pergi ke mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran.
  2. Isi borang JPJ K7
  3. Jika anda pemilik kenderaan, hanya perlu bawa kad pengenalan anda. Jika anda bukan pemilik kenderaan (wakil), pastikan anda bawa salinan kad pengenalan pemilik kenderaan (ada borang untuk wakil kuasa yang perlu diisi terlebih dahulu.
  4. Buat pembayaran untuk dapatkan geran ganti. Bayaran sebanyak RM20 untuk geran motorsikal & RM50 untuk geran kereta.
  5. Ambil geran anda.
  6. Selesai 

11 comments:

  1. En boleh hidup kn geran saya tak

    ReplyDelete
  2. Aku cuba buat nnti sbb aku beli motor secendhand dri kawan kad dan lain2 semua tiada

    ReplyDelete
  3. Geran sy hilang sy nk buat geran baru tp photostat ic owner sy tiade boleh ke sy nk buat geran baru??

    ReplyDelete
  4. Klu dah dpt geran baru, tgok geran lama trjmpa blk... Ape jd?. Dua2 boleh guna ke...

    ReplyDelete
  5. Bang kalau moto lama geran hilang tapi runner dah cek kat database dia kata xde data pasal moto tu acane??

    ReplyDelete
  6. kalau geran kereta milik syarikat yang hilang , borang apa yang di perlukan

    ReplyDelete
  7. Kalau moto yg di restor dari besi buruk dan tak tahu siapa pemiliknya nk buat geran mcm mana erk?

    ReplyDelete
  8. Sy beli moto tander balai...klu nk buat gran bole x

    ReplyDelete