3.2.17

CARA NAK PERBAHARUI INSURANS & CUKAI JALAN MOTORSIKAL YANG TAMAT TEMPOH LEBIH DARI SETAHUN

Ramai yg whatsapp saya bertanyakan boleh ke kalau nak renew road tax & insurans motorsikal yg dah lebih dari setahun??



Jawapannye boleh. Tapi kena bawak motorsikal tu pergi inspection. Tapi tak perlu sampai nak bawak inspection ke puspakom.

Untuk yg tinggal berdekatan dengan Putrajaya, Bangi, Puchong, kajang & kawasan sekitar, Pihak JPJ cawangan sek 7 bangi ada menyediakan perkhidmatan ini pada waktu pejabat. Hanya bawak motorsikal, geran & kad pengenalan sahaja. Pergi ke kaunter di tingkat bawah & maklumkan anda nak buat inspection untuk renew road tax motorsikal yg dah tamat tempoh lebih dari setahun.

Kepada yg tak dapat berurusan pada waktu bekerja anda boleh datang ke pasar malam Putrajaya (hari isnin & jumaat) & cari van jpj warna oren di kawasan Pasar Malam ini & maklumkan kepada pegawai jpj yg bertugas. Jangan lupe bawak motorsikal, kad pengenalan & geran.

Bagi memudahkan urusan, anda dinasihatkan untuk renew insurans motorsikal anda terlebih dahulu sebelum anda datang untuk buat pemeriksaan/inspection tersebut. Lepas pegawai jpj ni dah buat inspection anda boleh terus renew road tax.

TIADA BAYARAN dikenakan untuk proses pemeriksaan / inspection ini. Pemeriksaan/inpestion apa yg dijalankan ke atas motorsikal anda? Pegawai JPJ akan melakukan semakan ke atas nombor chasis & no enjin anda sahaja untuk pastikan ianya sama dengan apa yg dicatat di dalam geran.
Harap dapat membantu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak renew road tax & insurans kenderaan anda dengan cara mudah, cepat & selamat? TAK PERLU geran asal. Bayaran hanya perlu dibuat setelah road tax & insurans sampai kepada anda. Hanya whatsapp kepada saya maklumat2 berikut :
Nama penuh owner :
No ic owner :
No kenderaan :
Jenis kenderaan :

Call/sms/whatsapp 017-5984789 (faiz)
Email : biz.takaful@gmail.com
Website : www.ezinsurans.blogspot.my