CARA NAK JIMATKAN INSURANS KENDERAAN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Untuk pembeli kenderaan baru langkah pertama yang boleh anda lakukan untuk PENJIMATAN adalah dengan cara memindah atau dalam bahasa mudahnya tarik NCD/NCB kenderaan lama anda ke kenderaan baru (kalau anda pemilik kenderaan yang nak renew insurans macam biasa, sila baca ruangan bertulisan merah dibawah). NCD/NCB kenderaan anda boleh dipindahmilik di antara satu kenderaan kepada kenderaan yang la :

  1. Pastikan anda memiliki 2 NCD/NCB kerana NCD atau NCB direkodkan di dalam data milik ISM berdasarkan no kad pengenalan dan no pendaftaran kenderaan anda.
  2. NCD/NCB ini HANYA boleh di pindahmilik di antara 2 jenis kenderaan yang sama jenis sahaja iaitu kereta dengan kereta, motorsikal dengan motorsikal sahaja. Sebabnya kadar NCD/NCB bagi 2 jenis kenderaan ini adalah berbeza. Nilai maksimum NCD/NCB bagi kereta adalah sebanyak 55% manakala hanya 25% bagi motorsikal.
NCD/NCB ini selalunya dipindah milik dari kenderaan lama ke kenderaan baru atas sebab-sebab berlaku pindah milik kenderaan atau dalam bahasa mudahnya 'jual kereta lama & beli kereta baru'. Dalam situasi ini NCD/NCB kereta yang lama dipindah atau ditarik ke kereta baru. Tak ramai yang tahu tindakan memindahkan NCD/NCB ini sebenarnya menguntungkan kita sebagai pengguna kerana :
  • Nilai pasaran atau nilai insured untuk kenderaan baru adalah tinggi berbanding kenderaan lama. Sebagai contoh 'Ali membeli sebuah kereta Perodua Alza baru. Kereta lama beliau Proton Wira tahun 2002. Nilai harga pasaran atau nilai untuk diinsuranskan untuk Perodua Alza adalah RM67,000 manakala untuk Proton Iswara pula adalah sebanyak RM10,000 sahaja. NCD/NCB untuk Proton Wira sudah mencapai nilai maksimum iaitu sebanyak 55% manakala Ali terpaksa bermula semula dari 0% untuk nilai NCD/NCB tahun pertama bagi Perodua Alza.
  • Sudah tentu nilai Premium Insurans untuk Perodua Alza adalah tingi disebabkan oleh nilai harga pasaran semasa atau nilai untuk diinsuranskan. Apa yang anda boleh buat UNTUK MENJIMATKAN kadar insurans kenderaan baru anda adalah dengan cara memindahkan NCD/NCB kenderaan lama anda ke kenderaan baru. Anda dah boleh Jimat sebanyak 55% lagi dari nilai insurans kenderaan baru yang anda perlu bayar. Untuk kenderaan lama anda tidak menjadi masalah jika NCD/NCB bermula semula dari 0% sebab nilai harga pasaran semasa atau nilai untuk di insured kan itu adalah jauh lebih murah. 
  • Sebagai contoh untuk Perodua Alza baru anda mungkin memerlukan sebanyak rm2,000 untuk insurans. Kalau anda boleh jimat sebanyak 55% melalui NCD/NCB bermakna anda dah berjaya menjimatkan lebih RM1,000. Untuk kereta Proton Wira pula mungkin anda sepatutnya bayar sebanyak RM250 jika nilai NCD sebanyak 55% tadi digunakan (tak transfer NCD). Oleh sebab anda dah tranfer NCD Proton Wira tadi ke Perodua Alza jadi anda hanya perlu membayar tambahan sebanyak RM300. RM1000 (nilai untung dari transfer NCD Proton Wira ke Perodua Alza) tolak RM300 (nilai yg anda perlu tambah untuk insurans kereta wira) bersamaan RM700++ (lebihan wang yg anda dapat dari penjimatan insurans).
Kalau anda renew insurans dengan saya, ada lagi nilai penjimatan yang anda boleh dapat (secara purata antara 10-15% setiap tahun bergntung kepada pengendali Takaful). Syarat untuk mendapatkan Nilai Penjimatan tambahan ini mudah sahaja. Pastikan anda tidak buat sebarang tuntutan atau claim dalam tempoh setahun insurans berlangsung. Ianya di panggil NO CLAIM REBATE.

Kalau NCD anda dah capai nilai maksimum sebanyak 55% & tiada tuntutan @ claim yg anda buat dalam tempoh setahun anda dapat lagi extra 10%-15% lagi nilai penjimatan. Bermakna anda sebenarnya hanya perlu membayar 30%-35% sahaja nilai Insurans anda dalam tahun tersebut. JIMAT KAN..!!!

Paling penting lindungi nilai kenderaan anda mengikut harga pasaran yang ditetapkan & anda tahu perlindungan tambahan yang telah anda ambil. Kalau over insured pun tak ada sebarang kelebihan sebab syarikat Insurans hanya akan bayar mengikut kadar pasaran semasa sahaja. Kalau anda memerlukan nilai Insurans seminimum yang mungkin anda boleh untuk TIDAK memilih nilai perlindungan tambahan. Sebagai contoh untuk perlindungan cermin atau Windscreen sebab perlindungan tambahan ini boleh anda attach bila2 masa sahaja yang anda mahu. 



1 comment: