CARA NAK PINDAH ATAU TARIK NCD/NCB

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Untuk pengetahuan anda NCD/NCB direkodkan oleh ISM mengikut No Kad Pengenalan & No kenderaan anda. NCD/NCB ini boleh dipindah milik jika seseorang itu mempunyai atau pernah mempunyai lebih dari satu kereta atau motorsikal. NCD/NCB kereta hanya boleh dipindah milik dari kereta ke kereta sahaja dan begitu juga dengan motorsikal hanya boleh dipindah milik ke motorsikal. Terdapat beberapa kaedah untuk anda pindah atau tarik NCD/NCB anda dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain.

  1. Ianya boleh dilakukan terus semasa anda memperbaharui / renew insurans salah satu dari kenderaan tersebut. Anda hanya perlu maklumkan kepada wakil insurans tempat anda renew/perbaharui cukai jalan tersebut syarikat insurans yang mewakili kedua2 kenderaan terebut. Atau
  2. Anda renew dahulu Insurans kenderaan anda seperti biasa & kemudian anda perlu pergi ke mana-mana Cawangan Syarikat Insurans yang anda perbaharui tersebut & maklumkan anda nk pindah NCD/NCB. Pastikan anda bawa cover note atau nota polisi untuk kedua-dua kenderaan terbabit.
NCD/NCB ini boleh dipindahmilik sama ada anda dah jual mahupun belum kenderaan yang satu lagi. Tetapi situasi yang paling mudah adalah jika NCD/NCB kenderaan anda yang dulu sudah tidak digunakan lagi pada mana-mana kereta/motorsikal. 

Jika kedua-dua kenderaan masih lagi di atas nama hakmilik anda, NCD/NCB ini masih boleh lagi dipindahmilik melalui 2 cara di atas. Pihak Syarikat Insurans akan mengira baki coverage mengikut bilangan hari yang tinggal serta peratusan NCD anda dan akan membuat pembayaran semula kepada anda. Cuma mungkin ianya mengambil masa sedikit dan mungkin akan selesai dalam tempoh sebulan. Lebihan bayaran sama ada akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun anda atau Pihak Syarikat Insurans akan menghantar Cek kepada anda.




7 comments:

  1. Bolehkah ncb dipindahkan jika kereta lama atas nama isteri dan kereta yg baru dibeli diatas nama suami

    ReplyDelete
  2. Kalau nak pindahkan NCD dari satu syarikat ke syarikat yang lain boleh ka tu?

    ReplyDelete
  3. togel singapura

    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    * Pin BBM : D1A279B6
    * Pin BBM : 7B83E334
    * Whatsapp : +85598291698
    * Skype : Poin.4D
    * Line : +85598291698

    ReplyDelete
  4. Car Insurance in Malaysia – From A to Z in Simple Explanation
    A car insurance policy is important because it will protect you from having to bear the entire financial burden that may be brought about by an accident.

    https://insurancemalaysia2u.com/car-insurance-in-malaysia-from-a-to-z-in-simple-explanation/

    ReplyDelete
  5. Bolehke ncd insuran kereta pindah ke motor superbike?

    ReplyDelete
  6. Salam tuan. Pertanyaan saya boleh kan kereta saya baru nak beli 2.0 (kereta 2nd hand) ambil ncd 1.6cc(dua2 kereta nama saya) ... Terima kasih atas jawapannya nanti

    ReplyDelete
  7. Boleh ke saya nak pindahkan ncd kepada penama yang baru iaitu adik saya.sebab kereta itu ingin ditukar nama kepada adik saya..

    ReplyDelete