APAKAH MAKSUD NCD/NCB?

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak berkongsi info mengenai NCD/NCB.

1)Apakah maksud NCD/NCB & bagaimana untuk anda memperolehinya ?
~Maksud NCD adalah 'No Claim Discount' atau NCB (No Claim Bonus). NCD kereta anda akan meningkat setiap tahun mengikut peratusan yang telah ditetapkan jika TIADA TUNTUTAN / Claim dilakukan dalam sepanjang tempoh insurans berlangsung. Nilai NCD/NCB ini akan ditolak secara automatik dari Nilai Premium Insurans Kenderaan anda ketika anda memperbaharui insurans pada tahun berikutnya 

2) Berapakah kadar NCD/NCB tersebut?
~ kadar NCD/NCB yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :


  • Tahun Pertama Insurans   ~ 0%
  • Tahun Kedua Insurans     ~  25%
  • Tahun Ketiga Insurans     ~  30%
  • Tahun Keempat Insurans ~  38.33%
  • Tahun Kelima Insurans    ~  45%
  • Tahun Keenam Insurans  ~  55%
  • Tahun Ketujuh & seterusnya  ~  Tetap 55% sebab ini adalah nilai maksimum bagi NCD/NCB\

3) Apakah yang akan berlaku kepada NCD/NCB jika ADA tuntutan/claim dibuat? Adakah anda masih layak untuk memperolehi semula NCD/NCB ini?
~ NCD/NCB akan kembali semula kepada Tahun Pertama Insurans (rujuk jadual di soalan no 2) iaitu 0% pada tahun berikutnya jika ADA tuntutan dibuat oleh pemegang insurans atau pun Pihak ketiga pada tahun insurans tersebut berlangsung. 
~Anda masih layak untuk memperolehi semula NCD/NCB ini pada tahun berikutnya jika tiada tuntutan dibuat pada tahun berikutnya sepanjang tempoh insurans berlangsung. Tetapi kadar pengiraan untuk NCD/NCB anda akan bermula semula dari awal (rujuk jadual di soalan no 2).

4) Saya dah renew Insurans tetapi nilai NCD yang sepatutnya saya terima pada tahun tersebut tidak sama dengan yang saya dapat semasa saya perbaharui / renew. Bolehkah saya dapatkan semula Nilai NCD/NCB yang sepatutnya saya dapat? Kalau boleh bagaimana caranya?
~ Saya bagi satu contoh situasi bagi persoalan ini :
  • "Ahmad dah pakai kereta selama 3 tahun & tak pernah buat sebarang tuntutan /claim sepanjang beliau pakai kereta tersebut. NCD yang patut beliau terima ketika perbaharui insurans pada tahun berikutnya adalah sebanyak 38.33% tetapi setelah disemak beliau mendapati nilai NCD/NCB yang diperolehinya hanyalah 30%.
Untuk situasi seperti Ahmad di atas ada 2 perkara yang boleh dilakukan. Yang pertama hubungi semula wakil insurans tempat anda renew  atau pun peri kemana-mana cawangan insurans yang anda renew & nyatakan persoalan tersebut. Anda akan dapat semula nilai NCD/NCB yang sepatutnya.

Klik DI SINIi untuk semak kadar NCD/NCB anda.

Saya akan bagitahu cara untuk anda pindahkan nilai NCD/NCB anda dalam posting saya yang berikutnya.

*Kalau ada sebarang persoalan atau nak renew Insurans/Road Tax Kenderaan anda boleh call/sms/whatsapp 017-5984789 (faiz). Kami beroperasi SETIAP HARI termasuk SABTU & AHAD kecuali Cuti AM. Servis ke SELURUH Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment