BILAKAH TARIKH UTK RENEW ROAD TAX / INSURANS

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Saya nak kongsikan beberapa info yang mungkin berguna kepada anda tentang Insurans & Road Tax Kenderaan anda :


1) Ramai yang tak tahu sebenarnya anda boleh memperbaharui Insurans & road tax kenderaan anda 60 hari (2bulan) lebih awal. Anda tak rugi apa pun sebab tarikh luput Insurans & road tax kenderaan anda akan tetap bermula selepas tamat tempoh setahun walaupun ketika anda renew tu masih belum cukup setahun.

  • Contohnya anda dapat duit kutu bulan 01.05.2016. Insurans & road tax kenderaan anda pula tamat tempoh pada 30.06.2016. Nak simpan duit kutu lama-lama takut terguna pulak. Jadi sebenarnya anda boleh renew pada 01.05.2016 tu. Tarikh luput / mati Insurans & road tax kenderaan anda pada tahun berikutnya (2017) akan tetap ikut tahun yang sebelumnya iaitu pada 30.06.2017.

2) Bolehkah Renew Insurans & Road Tax Kenderaan yang dah lebih setahun tak renew ? Jawapannya boleh. Tapi banyak step yang anda perlu buat & lalui. Anda perlu bawa kenderaan anda ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan semula kenderaan tamat tempoh. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM25 (tak termasuk gst). Tetapi anda perlu pastikan anda dah ada dokumen2 yang diperlukan & selesaikan perkara2 seperti yang saya senaraikan di bawah :

  • Pastikan anda ada geran asal (Kad Pendaftaran Kenderaan). Kalau anda bukan owner / pemilik kenderaan anda kena pastikan anda ada geran asal & satu surat wakil kuasa daripada owner. Dalam surat itu kena ada nama, no ic & no telefon owner untuk pihak PUSPAKOM buat pengesahan yang anda mendapat kebenaran dari owner untuk membuat pemeriksaan tersebut.
  • Hubungi pihak PUSPAKOM untuk buat temujanji pemeriksaan tersebut. Kalau walk in berkemungkinan besar anda tak akan dilayan. Kalau anda buat temujanji kebiasannya tak ambil masa yang lama. Masa menunggu dari anda beratur tunggu giliran sehingga inspection selesai mungkin ambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau anda malas nak datang PUSPAKOM untuk buat inspection pihak PUSPAKOM ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bergerak. Tapi anda perlu bayaran tambahan sebanyak RM100 (tak termasuk gst) & perlu buat temujanji juga dahulu.
  • Mohon One Day Permit (ODP) / permit satu hari dari pihak JPJ yang akan membenarkan anda untuk kenderaan anda untuk dipandu dari rumah ke Cawangan PUSPAKOM tempat anda nak buat pemeriksaan / inspection (kalau tak nak kena saman). Cara nak mohon bawa geran asal ke mana2 cawangan JPJ & mohonlah permit ini. Permit ini dikeluarkan khas untuk kenderaan yang insurans & roadtax yang telah tamat tempoh lebih dari setahun.
  • Renew / perbaharui Insurans kenderaan anda terlebih dahulu sebelum anda ke PUSPAKOM untuk buat pemeriksaan. Lepas inspection kalau lulus, anda boleh terus ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan / road tax kenderaan anda. Dokumen yang diperlukan ialah geran, keputusan ujian PUSPAKOM & insurans.
  • Bergembiralah dengan Insurans & road tax baru anda. :) 
* PENTING untuk anda pastikan Insurans & cukai jalan kenderaan anda tidak tamat tempoh / mati lebih dari setahun WALAUPUN SEHARI.

Kalau nak renew Road Tax / Insurans atau kalau ada sebarang pertanyaan boleh call/sms/whatsapp 017-5984789 (faiz) atau emailkan ke biz.takaful @gmail.com



2 comments:

  1. Kereta baru inspection....adakah road tax bermula selepas inspection

    ReplyDelete
  2. roadtax dan insuran kereta sya mati 7.8.23. jika sya rene insuran dan roadtX PDA HARINI , ADAKAH ROADTAX DAN INSURAN JUGA AKN IKUT TARIKH MATI PDA 7.8.24 ATAU IKUT TARIKH HARINI?

    ReplyDelete