INFO MENGENAI COVERAGE CERMIN / WINDSCREEN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Coverage untuk cermin atau windscreen ini adalah rider tambahan atau perlindungan tambahan yang anda boleh pilih untuk ambil atau tak ketika anda renew/perbaharui Insurans kenderaan anda. Nilai coverage minimum bagi cermin bergantung kepada Syarikat insurans. Ada syarikat yang meletakkan harga minimum untuk coverage cermin bermula dari RM400 (jumlah yang perlu anda bayar adalah rm60.00). 

Penting untuk anda mengetahui nilai windscreen kenderaan anda sebelum anda mengambil perlindungan ini kerana anda hanya akan dapat claim mengikut nilai yang anda telah lindungi sahaja. Sebagai contoh kalau anda lindungi windscreen kenderaan anda sebanyak RM800 tetapi harga yang kel kenakan adalah sebanyak RM1000 maka anda harus mengeluarkan wang sendiri untuk nilai lebihan yang tak cukup tersebut iaitu sebanyak RM200.

Bagaimana pula kalau anda melindungi windscreen anda dengan nilai RM1000 tetapi harga yang panel bengkel caj pula hanya RM500? Di dalam situasi ini anda boleh membuat 2 kali tuntutan / claim sepanjang tempoh setahun insurans tersebut berlangsung.

Tuntutan atau calim untuk Windscreen TIDAK MENGURANGKAN Nilai NCD anda. Nilai NCD akan berlangsung seperti biasa.

Terdapat 2 cara untuk anda membuat tuntutan atau claim cermin/windscreen ini. Sama ada anda mengeluarkan duit anda dahulu dan claim kepada syarikat insurans kemudian (kaedah ini adalah yang paling praktikal & cepat) atau pun anda boleh memilih untuk terus claim di bengkel panel yang terlibat.

JIKA ADA SEBARANG PERSOALAN ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA SEPERTI NO DI BAWAH.


1 comment: